Followers yg yanie sayang

Monday, June 13, 2011

Bola Sepak + AF9

Rata-rata dh tahu kan siaran konsert akhir AF9 ditunda ke hari ahad jam 9.00 malam kerana ingin memberi laluan dan sokongan kepada perlawanan akhir piala FA antara terengganu dan Kelantan yang menyaksikan Terengganu mengalahkan kelantan 2-1...yeahhh...go terengganu...hihihi, tapi yg nak diceritakan di sini adalah siapa juara AF9 pilihan pemain bola sepak negara...wahhh diaorg nie pun leh tahan layan af gak yer di samping sibuk ngan training bola...jom kite tengok apa kata mereka...



Khairul Fahmi Che Mat (Apex)
Hazama pilihan saya. Ini kerana Hazama mempunyai pengalaman sebelum ini dan ada kriteria sebagai seorang penghibur.

Faizal Muhammad
Senang saja. Saya pilih Hazama. Sebabnya mudah...suara Hazama sedap.

Zaquan Adha
Vote for Hazama. Dari mula lagi, saya rasa Hazama layak jadi juara.

Zikri
Saya pilih Fina sebab dia mempunyai bakat yang besar dan berpotensi untuk menjadi bintang dalam dunia seni hiburan.

Farhan Abu Bakar
Saya memilih Hazama kerana Hazama mempunyai suara yang unik dan boleh membawa pelbagai jenis lagu. Hazama memang sempoi. Hazama boleh pergi jauh dalam bidang seni hiburan. Cayok Hazama.

Izham Tarmizi
Pilihan saya Azri kerana dia mempunyai vokal yang mantap.

Irfan Fazail
Hazama sebab dia terbaik. Selepas itu, dia boleh kawtim. Go Hazama.

Fandi Othman
Saya rasa Hazama sebab dia mempunyai ramai penyokong dan ada bakat dalam bidang nyanyian ini.

Wahh kali nie pendapat zakuan (my fav player) same ngan pendapat saya laa...suke,suke...dan yg lain2 pun kebanyakannya pilih hazama kan...sbb nyer mereka pun boleh nampak bakat dan personaliti yg ada pada hazama...nway congrats hazama...nantikan review sy untuk konsert akhir AF9 yaa...

Sumber asal  :  murai.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...