Followers yg yanie sayang

Tuesday, May 31, 2011

Pentingnya Penyusuan Susu iBu

Penyusuan Susu Ibu

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga  berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun

Kebaikan Susu Ibu (Untuk Bayi)
1. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi
  •  ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi 
  • mudah hadam
  • sentiasa tersedia pada suhu yang tetap
  • bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang perama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat
2. Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi
  • kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehingga ke hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan
  • mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain
Kebaikan Susu Ibu (Untuk Ibu)

  • mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  • membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpahan darah
  • mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
  • mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
  • penyusuan ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan
Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Sebaik Sahaja Dilahirkan
  • sebaik sahaja bayi dilahirkan anada patut memegang bayi anda dengan rapat. Sentuhan kulit bayi dan anda dalam masa 1 jam yang pertama selepas kelahiran selama sekurang-kurangnya 10 minit akan mengeratkan hubungan anda
  • ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu
  • rootingreflex (mencari-cari payudara) dan gerak balas hisapan kuat dalam masa 1hingga 2 jam pertama. bayi paling peka pada keadaan sekelilingnya pada ketika ini
  • bagi ibu, hubungan ini mendorong rasa kasih sayang bagi meneruskan penyusuan lebih lama
Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

  • susuilah bayi anda dengan susu ibu sahaja dariahir sehingga ia berusia 6 bulan yang pertama
  • susu ibu mengandungi cukup air. tiada minuman dan makanan tambahan diperlukan oleh bayi sebelum ia berumur 6 bulan
  • bayi anda tidak memerlukan puting tiruan atau pacifier
  • susuilah bayi anda kerap sekurang-kurangnya 8 hingga ke 12 kali dalam sehari termasuk penyusuan malam
  • makanan pelengkap hanya perlu diberikan apabila anak anda mencecah umue 6 bulan bagi memastikan tumbesaran yang baik
  • teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak anda berumur 2 tahun
Prelacteal Feeds
Lazimnya bayi lahir dengan simpanan air yang mencukupi sehingga susu dihasilkan. Makanan seperti susu formula, air glukos dan air kosong tidak diperlukan oleh bayi. Kolostrum sahaja memadai untuk bayi anda pada ketika ini

Pemberian makanan sebelum terhasilnya susu yan banyak (prelacteal) akan menyebabkan

Bayi

  • tidak mahu menghisap dari ibu kerana susu gantian telah mengenyangkannya
  • tidak akan mendapat kolostrum
  • akan keliru puting sekiranya diberi melalui botol
Ibu

  • susu ibu lambat dihasilkan kerana kurang rangsangan
  • boleh menyebabkan bengkak payudara
  • sukar memulakan penyusuan dan berkemungkinan berhenti menyusu
Apa yang perlu ibu lakukan untuk memastikan penghasilan susu yang mencukupi untuk bayi
  • susui bayi anda sebaik sahaja bayi dilahirkan
  • susui bayi anda dengan kerap pada setiap 2 jam atau mengikut kehendak ibu dan bayi
  • susui bayi anda dari kedua-dua belah payudara
  • susui bayi anda di waktu malam kerana susu banyak dihasilkan di waktu malam
  • perbaiki pengambilan makanan anda. pastikan anda makan makanan seimbang dan minum air secukupnya
  • yakini diri anda. anda boleh menyusui bayi anda
Kepentingan ibu dan anak bersama setiap masa

  • anda boleh menyusukan bayi anda pada bila-bila masa
  • merangsang pengaliran dan pengeluaran susu ibu
  • membolehkan bayi  anda mendapat cukup susu
  • mengeratkan lagi kasih sayang antara anda dan bayi anda
Kepentingan Menyusu Mengikut Kehendak Bayi
  • susui bayi anda apabila ia lapar atau meminta
  • sekiranya bayi anda tidur terlalu lama, kejutkan bayi anda untuk disusui
  • penyusuan tanpa had dan kerap akan menghasilkan susu yang banyak dan cukup untuk bayi anda serta menghindarkan anda daripada mengalami bengkak payudara
  • biarkan bayi anda menyusu pada bila-bila masa dan seberapa lama yang disukainya.

Monday, May 30, 2011

AF9 Week 8

mcm bese r nk jugak review dak2 AF nyer performance...this week diaorg diberi lagu pilihan peminat diaorg...ok ni serba sedikit mengenai lagu yg diaorg dapat...erul - bunga angkasa nyanyian asal kumpulan terrarosa, lena-kisah hati nyanyian asal aliyah, azri - luar biasa nyanyian asall shahir, hazama - sendiri nyanyian may dan fina - samudra nyanyian asal nora...so jom kite review ckit ape yg diaor g dh perform hari tuu...

erul  :  lagu bunga angkasa yang dh diubah menjadi agak moden tu best dinyanyikan oleh erul...mmg suara erul sesuai bawak lagu2 cam nie...hattan sendiri kate kalau dier maintain dgn vokal yg begitu dia layak berdiri di pentas final...gud luck...

Lena  :  lagu kisah hati (kalau x silap tu tajuk dier) yang dinyanyikan oleh lena juga x kurang hebatnya, walaupun sy x pernah dengar lagu nie tapi bile dengar lena nyanyi jadi minat pulak...walaupun juri x brape suke ngan persembahan lena, tapi sebagai lagu baru yg jarang didengar bagi saya lena berjaya bwak lagu nie dengan baik...keep it up lena...

azri  :  lagu luar biasa nyanyian shahir nie mmg sedap didendangkan oleh shahir, rasenyer azri masih belum boleh nk bawak lagu nie, lagu nie mmg agak susah nk dinyanyikan...tapi azri dah cuba yang terbaik, harap azri pun dapat gak ke final sbb suara dia best sebenarnya...

Hazama  :  saya agak kecewa la ngan hazama minggu nie, lepas jer hazama perform terus hilang mud...sy aspect lebih dari hazama, wat per la dier ubah lagu tu jadi mcm lagu bese2 jer...lagu tu kalau hazama bawak stail rock dier mmg peminat x kan jemu la, sbb tu la peminat suh dier nyanyi lagu tuu sbb nk tengok dier tarik baik punya, tapi sebaliknya plak...hazama mmg wat juri dan peminat dier kecewa...harap next week dier x ulangi kesilapan yg sama...

Fina  :  lagu samudra nyanyian nora nie punya maksud yg dalam, mmg beza la bile dengar nora nyanyi ngan fina nyanyi, bile fina bawak lagu nie...nmpak mcm ringan jer...huhuhu, tapi bile nora nyanyi naik2 bulu roma...cewahhh...x best la fina bawak...sowyyy...ape2 pun fina dh direct masuk final pun...ape nk kisah kan...

Minggu nie x der penyingkiran pun walaupun asalnyer pak nil umum kan lena di tangga terbawah undian, x perla atleast ramai ckit kt diary tuu kan...kalau boleh nk jer sume2 mereka nie masuk final...sebab yang tinggal nie sume suara power2 laa...
imuniti berpihak kepada fina, eleh rasenyer nie sume mainan astro jer kot...sbb nyer undian fina seringkali di tangga2 terakhir jer...so bile bagi imuniti kat fina automatik la org x yah nk undi fina lagi dan automatik fina layak ke peringkat akhir...so harap2 lepas nie pengundi bijak untuk memilih juara yer...

Dan bagi saya antara kelima2 pelajar yg perform malam tuu erul paling best...jom layan bunga angkasa nyanyian erul...


terbaek...!!!

ML Week 9

hye u olls...hrmmm...mcm malas2 jer nk nulis...ntah ler...mud kureng ok laa...tapi dh terbese wat review, so nk wat jugak ler...jom same2 kite review maharajalawak week 9 hari tuu...
Minggu nie depa digandingkan dgn pelawak2 senior utk memberi kelainan dan memantapkan lagi persembahan depa...jom kite tengok...


R2  :  kali nie R2 digandingkan dgn sathiya aka beby face...hihihi, lawak R2 kali nie ok ape, leh wat jugak kitorang gelak, maybe sbb sathiya kot performance R2 jadi mantap jugak...x sia2 dia diundi masuk...keep in up R2...

NabiL  :  nabil digandingkan ngan sheera, kire ok la...sy suke performance nabil time mule2 ML dulu...skarang mcm kureng ckit ler...tapi still ok...harap2 nabil x tersingkir...huhuuh

Balas  :  Balas digandingkan ngan bell ngasri...tengokperformance dier, mcm bell lagi menyerlah kot...depa dua org lagi tuu x membangkit kan suasana sangat ler...minggu nie balas tersingkir...ala ciannyer tp nak wat cam ner kan, adat pertandingan realiti TV...cam tu ler...huhuhu

JozaN  :  Jozan digandingkan ngan kencana dewi...tapi jozan sy puji sbb diaorg lebih menonjol daripada kencana dewi, maknanya diaorg mmg dh ader aura tersendiri...kelakar r johan wat gaya mamat khalid...menjadi tul...gud luck jozan...

Sepah  :  sepah digandingkan dgn AR Badul...yg bestnyer sepah nie lawak diaorg mcm fresh tau...ader jer idea2 baru yg nk ditonjolkan...kire best la lawak sepah hari tuu...

JamBU  :  buah2an tempatan nie digandingkan ngan acong sweetcild...lawak diaorg mmg superb smpai ahmad idham kate kalau acong ader minggu depan best ckit...hihihi, ape yg boleh sy kate dalam maharajalawak sebenarnyer jambu adalah yg terbaek setakat nie, nak ikutkan mmg bukan peserta fav pun,tapi bile tengok performance diaorg...boleh gelak smpai kuar air mata...lawak gila ok...nmpak mcm juri pun selalu puji kumpulan jambu nie...keep it up jambu...

Bagi saya this week persembahan jambu paling best...nak tengok persembahan jambu...jom kita layannnzzz nie....hihihi


Bestkan...terbaek...

Mud kureng...

x der mud la...x tau knp, nk update entry pun mcm suam2 kuku jer...mungkin sbb saya baru sahaja kehilangan saudara rapat kot...x sangka sangat...Al-Fatihah buat Allahyarham acik azo yg merupakan saudara rapat kepada keluarga kami, yang dianggap abang oleh abah saya...sangat terasa kehilangannya...Semoga rohnya dicucuri rahmat, semoga dia ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh dan beriman...bercerita mengenai cik azo...dia sangatlah baik org nya, hidupnya adalah untuk berbakti kepada ibunya...ibunya merupakan wan (nenek)saudara saya yang saya panggil wan along, wan along pun baru sahaja meninggal dunia dalam 2 bulan yang lepas x silap saya, x sangka ia disusuli dengan pemergian anaknya pula...
teringat lagi...setiap kali hari raya aidilfitri...setiap kali ok, mcm dah jadi satu kewajipan mmg wajib berkunjung ke rumah wan along &cik azo di seri menanti, kuala pilah...selepas ini tiada lagi lencongan kami ke sana setiap kali hari raya aidilfitri...huhhhh sedihnya...sekarang rumah itu akan kosong, kosong dan terus kosong...huhuhu
 tiada apa yg saya dapat katakan melainkan memperbanyakkan sedekah Al-Fatihah kepada Allahyarham Cik Azo dan Allahyarhamah Wan ALong...Al-Fatihah....


Rasanya bulan nie mcm banyak bende nak fikir...semoga segala urusanku dan segala laluan dalam kehidupanku ini dipermudahkan oleh Mu Ya Allah...I.Allah...AMIN...

Friday, May 27, 2011

StyleCovered hijab TutoriAl by Hana TajiMa...

hye u guys...jom tengok nie...




nampak mcm senang jer kan...tapi cube wat sendiri, mesti berbelit2...hihihi...
selamat mencube sume...^^wink^^

Thursday, May 26, 2011

T.H.E ..S.T.Y.L.E

dear...i sangat2 minat ngan fesyen camnie...


mane sy nak dapat sluar besar cam nie yer...saya benar2 telah jatuh cinta dgn gaya nie...need ur help friend...huhuhu

saya juga meminati ini...

tapi yg ini susah kot nk sy gayakan, lagipun x sesuai dgn saya yg agak chubby2 kiut nie...hahaha (perasan)...just minat jer tengok org2 yg kecik2 molek nie dress up cam nie...

dan yg ini jugak.....

 cantekkan dear....

sorry la adik fatin liyana sbb akk grab pic nie, jgn saman akk yer...bukan aper akk sangat2 minat dres up yg mcm nie...simple but nice, suar besar tuu mane nk carik dik...huhuhu.....


last sekali.....

aku minat jugak stail tudung hana tajima nie...sesuai ker aku wat cam nie erk...nnt la aku try2...act dah tengok dah tutorialnyer...tapi x brani nk mencuba lagi ... hihihi...
Gud Luck4 me to wearing that style...huhuhu....

Wednesday, May 25, 2011

Makeup Bag...

entry kali nie sesaje jer nk bercerita mengenai ape erk yg ader dlm makeup beg sy yg sentiasa sy bawak ke hulu ke hilir...act sy nie bukan la pemekap tegar...hhiihihi, ada kala sy nie tepek bedak jer, tapi nk g ofis tuu mmg kene makeup laa...ala bukan makeup tebal2 pun...eyeshadow pun x pakai...kdg2 jer pakai ikut mud...hihihi...sbb time sy belajar kt polisas dulu lecturer sy ader pesan  "  walaupun kite nie x makeup atlease...mesti di bibir kita nie sekurang2 nyer dicalit sedikit lipglose"...itu pesan lecturer sy, smpai skarang sy ingat kata2 tuu...lecturer kate kite kene kemaskan diri kita, kalau kita  dah sedia cantek itu adalah satu bonus buat diri kita, tapi bagi saya kite sume cantik kan...kerana ciptaan Allah itu smuanya indah...
okey...jom kite kaji selidik ape ader dlm makeup beg sy sbb kdg2 tuu ader yg tanye...yanie gune ape yer, makeup ape yer, bedak ape yer, lipstick ape yer...dll lagi...jom la tengok ape yg ader yer...

setelah dilambakkan...eleh...nie jer yg ader dlm beg sy rupenyer...hihihi


niela dier beg comel sy...beg free pown...beli perfume euchanter tuk adik dapat la beg nie...tapi cute what...hihihi


haa...niela dier brg2 sy yg x seberapa tuu...brg2 nie sume x lebih rm 50.00 tau setiap satu...jom kite citer ckit ape yg ader...

Toner V beauty  : oner nie mmg sy simpan kt dlam makeup bag sy sbb lepas solat sy mmg tepek toner nie, sangat bagus yer...ini adalah traeatment toner...harganya rm49.90...

Sunblock  :  brand v beauty juga, lazimnya sy gunakan sunblock utk g keje atau keluar bersiar2 utk mengelak panahan cahayamatahari...rm 30.00

conceler  :  sy gune brand naturactor...mule2 dulu risau gak nk gune tapi setelah digunakan Alhamdulillah ok...saya rasa dh dekat 6 bulan pakai x habes2 lagi...bagus betul la...hihihi...harganya rm60.00...tapi sekarang nie dh murah...boleh dapat rm40.00...

bedak  :  dulunyer sy gune bedak compact, sekarang nie sy gune brand ronasutra...kire ok la satu tu boleh tahan 2 bulan lebih...nie adalah kotak kedua sy beli...rm 45.00

eyeliner  :  bese r sy mesti gune brand yg saya jual iaitu miss rose, rasenyer satu tatang ut dh dekat setengah tahun sy gune x habes2...rm 25.00 jer...

Blusher  :  pun dari brand miss rose jugak...sy rase blusher nie leh tahan 2 tahun kot...hihihi...sangat lambat nk habes ok...rm 25.00 jer...

Simple jer saya kan...x der la heavy sangat pun kalau ber makeup tuu...untuk penjagaan diri sebenarnyer...betul x sy kate brg2 sy x smpai rm50.00 pun...sumenyer murah kan tapi tahan lama...hihihi...jimat ker sy nie...x jugak, sy boros ape...sekarang nie sedang berusaha untuk menjadi seorang yg jimat...jimat tau bukan kedekut...hihihihiiiiii.....

Review Af9 Minggu 7

Hye u olls...kali nie nk citer pasal review jugak...tapi review af9 week7 hokey...sowy la pada yg x minat af, sy mmg minat n layan dr dulu so x leh la x layan, wlaaupun ader gak dengar2 gosip kate af ntah ape2 laa...ala itu pendapat masing2 kan, eleh mase mule2 af kuar dulu masing2 nk beli astro smata2 nk layan af, sekarang nie jer af x best la, af itu la, af ini laa...x perla ape pun kate u olls...i tetap minat ok...jgn mare...
Jom la kite review performance depa last week yaa...

Nera  :  dapat lagu hettykosendang...antara bait2 lagu, "malam ini x ingin aku sendiri"...huh rasenye sedap nera bawak lagu nie...bukan ape, before nie kan dier asyik dapat lagu ringan2 jer kan, so sekali dapat lagu cam nie...mmg best r dier bawak, bukan la best sangat pun, tapi atleast ader la peningkatan dalam diri dier...tapi sayangnyer malam tu dier out laa...x der rezeki kat dalam af, maybe kt luar dier leh jadi model ker, pelakon ker...yer dak...hihihi

Hazama  :  seperti yg u olls dh sedia maklum, sy mmg minat giler la ngan hazama nie, bak kate kak ogy i'm feel in love with u...but as a performer, same like me ok...as a performer only...x lebih dari itu...performance dier mmg mantap laa, bukan nak kate ape la, lagu segalanya ku terima tuu bukan senang nk bawak, eleh hattan tu suke kt fina jer, hazama dh nyanyi punye baik dier leh mcm x suke...ishhh, geram aku...kak ogy n ac dh komen baek punyer taw...ape2 i like performance hazama dgn suara yg serak2 basah...best woo, hope soe dier wat performance yg lebih lagi this coming saturday...harap2 jugak dier dapat imuniti...yeahhh...go hazama...

lena  :  lagu yuna tuu kire berjaya laa lena bawak, mmg x der la nmpak cam klon yuna, tapi x tau la si lena nie mcm dh tenggelam ckit laa...tapi x dinafikan suara dier pun best gak...rock babeyhhh.....

Eroll  :  lagu hujan dan air mata tu bukan senang nk bawak taw, bagi sy jiwa tu dh ada...cehhh nk jadi mcm hattan ker, main jiwa2 lak nie...tapi siyes taw...feel tuu mmg erol berjaya la, tapi suara der terkucil ckit...ape2 pun congrats coz berjaya bawak lagu susah nie...huhuhu

Azri  :  maybe dier ader rase x selesa ckit kot time nyanyikan lagu mahligai syahdu nyanyian hattan, kalau sy pun sy x selesa coz nyanyi lagu pengkritik...huhuhu, tapi sy x brape suke la azri bawak lagu nie...prestasi azri mcm makin menurun jer...nape erk...hope azri x trsingkir next week yer...sbb suara diar bagus act...gud luck...

Lena  :  hmmm...ape pendapat u olls time dengar fina nyanyi lagu nie(purnama merindu by dato' ct nurhaliza)...terus terang laa...x best ok, hattan tuu fina wat cam ner pun dier tetap suke, x aci betul la...huhuhu, tp x perla setiap org ader pendapat masing2 kan, mmg x dinafikan suara fina mantap sbb dier leh tarik, tapi ntah la...hishhh...


This week yg sy ingat azri dapat lagu luar biasa nyanyia shahir dan hazama dapat lagu sendiri nyanyian may...menguji vokal betul kan, hope hazama dapat bawak lagu nie sebaik mungkin, kembalikan kepercayaan abg hattan smula keyyyy....act lagu yg fina, ain n eroll dapat pun best2 jugak cume x ingat ler...huhuhu...

jom layan performance2 yg sy kire suke la mlm tuu.....


mmg best...lagu segalanya ku terima nyanyia illusi dinyanyikan semula oleh hazama(my fav song ok...)...ape pendapat u olls...hihihi...


nie pun best jugak...


yg nie feel best...lagu mmg best sbb lagu Allayarham Sudirman...

Tuesday, May 24, 2011

Review ML week 8

Hye korang sume...kali nie cam bese r sy nk wat review cket pasal ML last week, maafla lmbat cket review kali nie sbbnyer, minggu nie agak busy ckit...sy nie kalau nk berblog kene tenang2...kalau ader anak depan mate, mmg sy x kan online lame2 laa...al maklum larh nak jadi ibu terbaek...(I.ALLAH....AMIN)...kononnyer...sume ibu2 mesti ader impian cam saye kan...alamak melalut sudah aku nie...ok kite teruskan erk...This week depa diberi tajuk bebas lagi...act kalau mcm Maharajalawak ataupun rajalawak saya paling suke kalau depa diberi komedi berbentuk nyanyian...ntahla, mmg suke...hihiih
...ups lupe nk kasi tau...Kumpulan R2 telah diberi mandat oleh pengundi2 mereka utk masuk semula ke ML...so u olls jgn hampakan peminat u olls k...gud luck to R2...

NabiL  :  ape yg boleh saya katakan adalah...nabil sudah kembali aa...sbbnyer lawak dier yg sentiasa up to date tuu mmg bagus la...Lawak+up to date...mmg up up up la jadi nyer...kali nie dier citer pasal word2 dak2 zaman sekrang nie, yg sy sendiri agak kureng memahami...contohnyer...OMG...Grrrrr...pandai r nabil nie...terbaek...

Jambu  :  seperti biasa kumpulan buah-buahan tempatan nie mmg x akan mengecewakan la, mmg setiap minggu saya agak yakin ngan jambu nie...kali nie depa cite pasal robot la plak...hadoi, tergelak x hengat tengok performance depa...gud2...keep it up k jambu...

Man  :  act, man bukan la peserta fav saya, tapi lately nie performance dier agak memberangsangkan...ader improvment...seriusly, performance dier best, sbb boleh wat sy ketawa...hihihi

R2  :  x sempat tengok sbb time tuu tngah wat per ntah...huhuhu...sowy erk...

JoZan  :  mule2 kan...siyes x faham ape mamat dua nie nk wat...lame2 layan, layan, layan...adush, smpai sakit perut tergelak tengok lawak mamat jozan nie...lawak ala2 doc ngan pesakit...tapi mmg kelakar r...satu lagi terbaek tuk malam tuu...gud job... i like...

Sepah  :  haa!!!!!, yang ini mmg terbaek tuk malam tuu, kitorang satu family tergelak besar tengok lawak sepah, boleh kaki org si jepp dia kate sengkuang...bengong tul la...wat aku tergelak smpai kuar air mata ok...terbaek, terbaek, terbaek!!!!!

So, malam tu bagi sy terbaek adalah sepah ok, x tahula u olls sume cam ner kan, pendapat masing2...yang penting kite enjoy  ( tngah terbayangkan persembahan jambu time yus pakai skirt)...hahaha...x caye jom layan nie...

BesTkan...hihihi...

Monday, May 23, 2011

Salam Takziah...

Salam sume...ape khabar...
Entry kali nie mcm bese r saya nk wat review pasal ML dan AF di samping mengstory kan aktiviti hujung minggu saya...tapi sebelum tuu saya nk mengucapkan takziah ke atas mangsa-mangsa kejadian tanah runtuh Rumah anak-anak Yatim Felcra Semungkis, Hulu Langat...
Act...tempat kejadian tu berdekatan dgn rumah saya, around 10 minit dari rumah saya...saya pun selalu ke sana...malam kejadian adik saya sempat meninjau tempat kejadian tapi dikawal ketat oleh pasukan keselamatan, sampai hari isnin pun tempat kajadian masih dikawal ketat untuk mengelakkan kejadian2 susulan yang tidak diingini...Melihatkan keadaan tempat kejadian hati saya terasa begitu sayu dan sangat kasihan melihat mangsa2 yang terdiri daripada anak-anak yatim dan kanak2 yang menghafal al-quran...semoga roh mangsa2 ditempatkan di kalangan para solihin...Al-Fatihah...












Antara yang selamat...buat yang telah tiada, semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...AMIN...Al-Fatihah...

Wednesday, May 18, 2011

Anak Ibu dah Setahun....

heppy birthday to you
Heppy Birthday To you
HePpy BirthdaY to adam
HeppY birthdaY to Youu....

Allah selamatkan Kamu
Allah selamatkan Kamu
Allah selamatkan Adam Attariqe...
Allah Selamatkan Kamu...

Sekejap jer mase nie berlalu...hari nie dah 19.05.2011, Muhammad Adam Attariqe dah pun setahun...Semoga dipanjangkan umur anak ibu nie, semoga dimurahkan rezeki...semoga sentiasa dilindungi oleh Allah, semoga menjadi seoarang anak yang baik dan Soleh, Semoga diberi kesihatan yang baik oleh Allah...Semoga segala2Nya adalah yang terbaik buat mu nak...Itulah doa2 seorang ibu yang terlalu menyayangi anaknya...

Teringat lagi pada 19.05.2010 dimana detik2 utk melahirkan adam, sangat perit rasanya sakit untuk melahirkan, tapi bile terpandang saja wajah si kecil yang comel itu kesakitan yang ditanggung lenyap serta merta...ingat lagi doktor yang menyambut kelahiran adam x percaya dgn berat adam iaitu 4kg, smpai ditimbangnyer anak kecil tu sebanyak dua kali...kelakar betul bila teringat masa tuu...tapi paling menggembirakan aku dapat menyusukan anak aku selepas sahaja dia dilahirkan dan dimandikan...Alhamdulillah, susu pertama yang masuk ke dalam perutnya adalah daripada susu ku sendiri...terima kasih juga kepada jururawat yg menasihatiku supaya menyusukan bayiku ketika itu...

Ingat lagi..malam pertama di ward, dalam kesakitan dgn tiub berselirat kt badan nie aku dakap adam, dan tidorkan dier di sebelah aku...aLmaklum lah xcited dapat anak kan...hihihi, malam first lagi dh tidor berpeluk2 aku ngan adam sampai la sekarang nie, kalau tidor mesti nk kene peluk adam...hihihi...sedar2 jer nurse dah alihkan adam masuk ke dalam tempat tidor dier...maybe nurse tu x yakin aku pegang adam sbb nyer aku bleeding teruk lepas bersalin hari tuu...so badan sangat lemah dan kene masuk air lagi...huhuhu

Aku kene duk wad satu hari keesokannya baru la dibenarkan keluar...balik rumah adam asyik nangis jer, mungkin sbb cuaca yg terlalu panas, sbb time aku bersalin tuu mmg musim panas smpai abah letak aircond kt umah...cucu punyer pasal...hahaha, tali pusat adam pun cepat jer tanggal, x smpai seminggu rasenyer talipusat adam dh pun tanggal...lepas tuu adam kene jaundis, berulang alik lah kami ke HUKM...tapi ALhamdulillah x masuk wad sbb nurse nasihatkan suh bagi jer susu ibu banyak2...nurse tu kate ubat terbaik untuk jaundis adalah susu ibu...kesian atuk dr kpg siap bawak herba lagi utk sakit kuning tuu tapi aku x guna pun...Alhamdulillah berkat susu ibu adam nyer kuning makin menurun...tapi akibatnyer puting aku smpai luka...adam kuat mnyusu, dalam pantang jer 3 kali aku demam sbb luka menyusu...huhuhu, tapi kerana smangat nk bagi susu badan kt adam aku teruskan juga smpaila sekarang nie adam still menyusu badan lagi dah jadi rutin harian aku kalau x pam susu kat ofis mmg rase x lengkap jer...hihihi...

Alhamdulillah adam membesar dgn baik...aktif seperti beby2 lain...2 bulan lebih dier dh meniarap, masuk 4bulan dier dh mule nak duduk...geli hati la tengok gelagat Adam...lepas tuu adam dh mule merangkak...lame jugak dier merangkak then masuk 9 bulan Alhamdulillah adam dh boleh jalan...sekarang nie kami sume tngah tunggu gigi adam plak tumbuh...hahaha, mcm mane la bile adam dh ader gigi nnt yer...sekarang nie adam dh mule makan nasi lauk kicap...kahkahkah...mulenyer ibu mertua sy yg try2 bagi makan nasi, sebelum nie adam just makan bubur n biskut2 jer, skali adam punyer la suke makan nasi pandai plak tuu bile nasi dlam mulut dier habes g mintak kt nenek dier suh suap...adam...adam... 

I.Allah hari sabtu nie kami adakan Majlis doa selamat dan sambutan hari lahir adam yang ke-1 di hulu langat, tengah fikir nk bg present aper utk adam, ingat nak bagi dier basikal yg kite leh pegang tuu...yerla adam baru setahun, bawak basikal pun x reti lagi so kite la yg kene kontrol dier...nnt la nak survey kt manjaku centre...ops pasal majlis hari sabtu nie, jamuan makan pada jam 12.30 t.hari-4.00 ptg, potong kek jam 1.00 t.hari...sape2 yang ader kelapangan sudi2 la menghadirkan diri yer, kehadiran anda amatlah kami alu2 kan...semoga majlis berjalan dgn baik dan lancar...Semoga anak ibu cepat2 besar yer, semoga segalanya yg terbaik buat Muhammad Adam Attariqe Bin Muhammad Hurairah...ketahuilah nak...ibu, ayah n family sume sayang sangat2 kat adam...mmuahhhhh!!!!!


bDay boY...

Tuesday, May 17, 2011

weekend minggu lepas sy rase puas sbb sy dapt cuti direct 4 hari terus...alang2 hari selasa cuti wesak, so sy pun mengapply la cuti utk hari isnin...hambek kau yanie...tapi hati sy puas...dapat main ngan adam, kalau nk citer pasal weekend mmg sentiasa full aktiviti nyer...ari sabtu g rumah mertua dekat jer kt cheras bharu, melawat biras sy yg baru bersalin, dapat beby girl lagi dier...bestnyer, bile adam nk dapat adik girl plak nie...hihihi...I.Allah ader rezeki nnt yer,before tu g beli present dulu,ingat nk g manjaku centre tapi malas nk pusing2 singgah jer kt anakku kt area ampang, x banyak pilihan pun...nk suh wat hamper kene tunggu smpai setengah jam, malas laa...last2 beli jer hamper yg ade kt ctu...ok la ader jugak yg cantek...kt deret anakku tuu ader kfc...tetibe jer husband parking kete trus tuju ker kfc...x rancang pun......sy pun ikut jerla...hihihi, pastu singgah g beli kuih2 ckit tuk dibawa ke rumah mertua... lepak2 kt umah mak mertua smpai kul 8 lebih, kul 9.00 hubby sy tau sy nk tengok af...so dlm kul 9 lebih ckit la smpai umah...

then ahad nyer cite...sy lepak kt rumah jer...hihihi, malas plak rasenyer nk kuar lagipun hubby sy keje, skarang nie hubby sy asyik ot jer sbb ofis dier nk pindah ke nilai...jauhnyer laa...so dier kene pantau org wat keje kt ofis dier tuu...tuu yg weekend jer dier kene keje...tp x perla...nk wat mcm mane kan, dh keje dier...malamnyer mcm bese r sy melayan mentor...

isnin plak...sy kuar sorang2 g uruskan mcm2 hal...name jer cuti...g KL ambek barang, pastu singgah plak tabung haji nk update buku...pastu g plak hntar barang...last2 petang jugak balik ke rumah...faham2 la kalau urusan kt dalam KL nie...dgn jammed nyer...huh penat...malam g hntar brg jap kt BMC...pastu balik umah tidorrrr.....

selasa...tunggu husband balik dari keje pastu keluar g beli barang2...ingatkan smpai petang jer rupenyer smpai la kul 10.00 malam...adoi...mule2 g tesco pastu g ke Bandar Mahkota Cheras (BMC), masuk JUSCO jap, pastu jumper org kt BMC tuu utk uruskan satu hal...then, singgah makan kt sup meletup...lapar giler dr siang x makan...balik layan plak cite cinta melody...last2 tidor dekat2 kul satu...esok nk keje...waaaaa!!!!!

Tapi hati sy puas laa sbb dapat luangkan masa ngan adam sepuas2 nya...cayanggg adam...

Review AF9 KOnseRt 6

Kawan2...ader x yg laYan af musim Nie...maybe ramai kate x best tapi sy tetap layan AF sbb sy mmg minat AF dari mula lagi...so x leh la kalau x layan rase cam x sah...huhuhu...jom layan  plak review sy utk konsert baru2 nie yer...

FINa  :  Lagu ku keudara lagi...x dinafikan fina nyer suara mmg best, tapi mcm bored ckit la sbb asyik tengok bende yg same...means...asyik tengok dier jerit jer...abg hattan mmg suke la part2 fina tarik tuu...tapi sbb dh tengok banyak kali dier tarik kan...rase camm...ala bosannyer...tapi suara mmg mantap ler...

KAY  :  lagu blues tuu dier bawak ok...tapi...ntah la, mcm bosan jugak cara penyampaian dier tuu...huhuhu

LENA  :  betul kate hattan lena nie tarik gier undur laa...ari tuu dh power dh performence dier...tapi sejak akhir2 nie makin x best la...knp dier x tonjolkan suara dier yg best tu erk...mungkin x sesuai dgn lagu...lagu curiga tuu mule2 dier masuk mcm ok, tapi lame2 jadi x best...huhuhu...mungkin juga lena jadi tenggelam sbb ader fina kot...sowy lena...

AZRI  :  Lagu Sampai Hati nyanyian spring...Best tu mmg best la azri bawak...tapi mcm x sesuai la dgn suara dia...azri pun same mcm lena gak tarik gear undur...hadoiii....

Nera  :  BOSAN...sbb asyik dapat lagu2 santai dan kene berlakon...bagi la nera nie lagu lain ckit boleh x...

HAZAMA  :  TERBAEKKK...lagu hey soul sister by train nie mmg best dinyanyikan oleh hazama...x sangke erk hazama leh bawak lagu2 cam nie...x sangke sangat, mmg performence dier best laa mlm tuu..kalau sistem imuniti tuu dh start minggu lepas mmg hazama laa yg layak dapat...keep in up bro...hihihi...i like hazama...

EROL  :  mmg nampak dier mcm terlalu memaksa diri dier utk smpaikan yg terbaek...lagu akim yg dier nyanyi tuu best, mungkin disebabkan erol perform lepas hazama kot tu yg wat dier mcm nk terbaek lagi dr hazama...itu pendapat sy laa...


Minggu nie pelajar2 AF dapat lagu2 balada...huh, sume lagu2 yg diaorg dapat best2 tau...x sabarnyer nk tengok diaorg perform...nie antara yg sy ingat ok...

Fina dapat lagu Purnama Merindu nyanyian Dato' Siti...mesti best...al maklum ler suara fina cam ner kan...

Lena  dapat lagu yuna...x ingat tajuk dier, tapi lagu yg yuna bawak time Juara Lagu hari tuu...susah gak lagu tuu...hope lena dapat wat yg terbaik k...

Nera dapat lagu hettykosendang...best lagu tuu, nk sangat tengok nera perform lagu cam tuu...

Azri  dapat lagu mahligai syahdu nyanyia hattan...cabaran besar tuu wat azri, nyanyi lagu pengkritik...

Erol dapat lagu Antara hujan dan air mata nyanyian allayarham Sudirman, x silap saya salim pun ader bawak lagu nie...lagu nie mmg best, mmg mendalam maksud lagu nie...
 
Hazama...hazama dapat lagu fav saya...segalanya ku terima nyanyian kump. ilusi, kalau drive x sah kalau sy x dengar lagu nie...sy mmg minat, suara hazama plak seakan2 suara penyanyi asal lagu nie...ayai...dahla hazama tu 1 choice sy dapat plak lagu fav saya...huh...x tau nk cakap laa, x sabar sangat nk tengok hazama perfrom...hazama...wat yg terbaek dan termantoppp...please!!!!!

Jom same2 kite layan konsert AF yg akan datang erk...can't wait...!!!!!

Jom Layan hey soul sister nyanyian hazama konsert minggu lepas yer...mmg best...x caye jom tengok nie...
terbaekkkk!!!!!

Review Utk siLent COmeDY ML...h

Minggu nie tugasan peserta2 ML adalah silent comedy...mule2 time ahmad idham suh diaorg wat silent comedy fhati sy terus kata cam nie  "  mesti boring + x best "...huhuhu, tapi bile tonton ML last wekk...pergghhh...boleh tahan bestnyer...jomla kite review2 yerk...hihihi


SEPAH  :  Best..sbb walaupun x kuar suara tapi diaorg nyer lawak tuu penuh...siap ader dikir barat lagi...mmg mngancam r...

BALAS  :  rasenyer balas nie kalau wat lawak tanpa suara baru la best kot...hihihi, sbb performence diaorg mmg kelakar...boleh plak yg makeup tuu sebijik mcm perempuan...hahaha

AMIR  :  Ntahapa2ntaH...no komen...

JAMBU  :  Lawak giLa laa...tapi x boleh tahan r tengok yus ngan taukeh pakai baju ketat tuu...seksi sangat...kahkahkah

NABIL  :  kesian nabil, lawak dier x brape manjadi sbb setup dier lari laa...ksian sangat, sbb nabil nie sy nyer first choice...huhuhu, hope next week nabil kembali mantap hokeyyy...gud LucK...

JOZAN  :  TerBaekk...lawak ala2 charlie chaplin JOZAN mendapat pujian APek...agaknyer malam tuu jozan terbaek kot selain dari JAMBU...mmg best...

MAN  :  sowy...man x sempat nk tengok...sbb adam nangis nak susu...so masuk bilik susukan adam...lagipun x brape minat man...hihihi...sowyy...


TERSINGKIR  :  aMir...bye aMir...minggu depan ader undi masuk pLak...haissshhh...macam2 ler...kite tengok sape yg kene yer...ape2 pun ML mmg best...terbaekkk...

Tuesday, May 10, 2011

MENGAPA PERLU MEMBACA AL-QURAN WALAUPUN TIDAK MEMAHAMINYA......renung2 Kan...

Assalamualaikum

Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?

Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.

Pada suatu hari cucunya bertanya,

"Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?"

Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata,

"Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air."

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata.

"Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,"

Lantas dia meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi.

Orang tua itu berkata,

"Saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya."

Lalu dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada ketika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada atuknya. Dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,

"Tengok Atuk, tak guna!"

"Jadi anda fikir ianya tidak berguna?"

Orang tua itu berkata,

"Tengok guni itu."

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.

"Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah S.W.T. dalam kehidupan kita."

Selamat Beramal.

Zoo...

dah lame rasenyer saya x jejakkan kaki ke zoo negara, last g sane seingat sy time kecik2 dulu...wahh lamenyer...nie citer weekend yg lepas2 jugak yer...sambil sarapan pagi, tetibe kuar dr mulut saya nie..."mak...rase mcm nk bawak adam g jalan2 la, tapi nk g mane yer", dgn spontan mak jawab, jom la g zoo...pastu sy publish kt FB tanye pendapat member2, ader yg suggest g zoo n akuaria...so bile di pk2 balik sy dan husband pun choose g ke zoo...

sy ke sana bawak mak, adik bongsu saya, adik no.2 saya dan ehem2 dier, husband n adam...total masuk ke zoo ialah rm100.00...kire ok la (walaupun x berbaloi sangat sbb zoo sekarang dah agak sunyi, pengunjung pun x brape rmai walaupun weekend, mayber school holiday baru rmai kot coz banyak school yg wat rombongan.  parking kete punyer la lengang...leh pilih2 lagi...hahaha, binatang pun banyak dah x ader...binatang banyak yg tidor...eee, x meriah la...huhuhu

Tapi sy puas hati dapat bawak adam tengok binatang...first skali adam dapat tengok giraffe...yer la tu jer binatang yg tinggi dan besar yg leh adam nmpak, sebab dier duk dalam stroller jadi yg kecik2 mcm burung dll tuu dier x leh nk tengok jelas laa...then dier tengok gajah, amboi bukan main lagi dier menunjuk2 dan mengomel2 bile nampak giraffe n elephant tuu...geli hati tengok dier...hahaha....lepas puas berjalan2 adam pun bukan main penat smpai dier tertidor dalam stroller dier, last2 ibu dier yg beria2 tengok binatang2 n haiwan2...hihihi

Lepas habes tengok2 binatang sume, sesi bergambar plak...mulenyer mcm malas jer nk ambek gmbar kt studio tuu, tapi bile difikir2 kan semula, ntah bile laa sy akan datang ke zoo lagi...ntah 15-20 tahun lagi baru sy smpai semula ke zoo...hihiih, last2 sy pun ambek keputusan untuk merakamkan kenangan...so ambek la pic beramai2 di dalam studio tuu...so total photographer tu charge rm 35.00 utk pic 4r yg siap di print berlatanr belakangkan giraffe...

Selesai sume dalam kul 6.00pm kot, tetibe mak lang sy call kate nk belanjer makan...wahh rezeki nie, so kitorang pun plan la nk ke pizzaa...mak lang x kisah sbb dier kate terpulang kat kitorang la nk makan kt mane...kebetulan mmg tengah lapar...hihhi, so lepas makan sume ajak maklang tidor umah kt langat, lagipun dh lame dier x tidor kat sane, lagipun dak2 tu (anak2 maklang sy) mmg suke datang n tidor langat, lagipun leh diaorg main ngan adam...brape banyak lagipun daa...hahaha, so ujung minggu tuu weekend sy terisi dgn gembiranya...hihihi

 adam sampai tertidor2 tunggu ibu n ayah bersiap2....cian dier...

 otw...adam nape masyam sangat tuu...kes ngantuk la nie...hihihi

 adam ngan makcu baru smpai zoo..
 the giraffe

 elephant

budak kuat bergambar...kahkahkah

nie pun same...hihihi
 adam xcited nmpak giraffe n elephant...ape la yg dier tunjuk n ngomel2 kat pak ngah dier tuu...hihiih
leopard nie tidor jerk...huhuhu

Ibu adaM Ayah...
My Lo ve FaMiLy...
Adam keletihan...
Adam ngan wan Alang dier....(mak Lang sy)
Adam wif Pak cu Kamarul...

Thanks maklang coz belanjer we olls...hihiih

tu Jerla citer zoo saya...hihihi, kalau nk tengok lebih banyak pic...view fb saya k...sy dh upload pic jalan2 di zoo negara kt fb...peace...


Monday, May 9, 2011

Review Maharajalawak week 6

sape yg x ternanti2kan jumaat malam jam 10.00 kan...
mesti cepat2 duk depan tv sambil bawa makanan...yerla time nie la kite leh lepaskan tension layan lawak2 sengal peserta ML...sangat best ok rancangan ini...sape tengok ML minggu nie angkat tangan!!!!!
ok la x nak cite banyak nie hasil pemerhatian sy ... cewah nk jadi pganti mamat khalid ker...kahkahkah.....

BALAS  :  bese r balas, lawak asyik nk lucah jer...nasi lemak konon...tapi sy tergelak jugak tengok diaorg nie sbb ader ayat2 yg mmg layak untuk digelakkan...

Amir  :  please la amir, ko mmg pandai berinteraksi dgn penonton, tapi bende tu dh boring laa...wat la lawak pasal bende laen.

JOZAN  :  mmg kelakar, tapi kelakar part first2 johan nyanyi...then layan jer, smpai la part last skali...mmg lawak...tukang urut jalan mengengsot...paling kelakar x boleh tahan time dier wat kaki zizan jadi cam tuu...kelakar r... x kering gusi

NABIL  :  seperti biasa idea nabil sangat kreatif ok...sangat kontemporari dan mengikut trend lawak nabil nie...leh plak dier citer pasal GPS...kalau la betul2 ader GPS yg leh kuar bunyi suara org nyanyi...alangkah indahnyer...bagus nabil...hope nabil g finaL..sangat bagus...

Man  :  MInggu nie man ader peningkatan walaupun dier cube tarik perhatian degn meniru cheff wan, agaknyer man nie mmg kelakar bile dier tiru org lain kot..."amboi ko kiah dh g umrah 13 kali tapi jambul terkeluar..."mmg lawak r ayat tuu...hahaha

JAMBU  :  juri kate performance diaorg paling bagus malam tuu...betul ker, korang rase cam ner...tapi x dinafikan sbb nyer idea depa dua nie mmg boleh buat org gelak...dari main pingpong terus ke dikir barat...yg penting satu rumah sy tergelak besar tengook lawak JAMBU malam tuu...keep it up yaa...

SEPAH  :  best jugak, nak2 part jepp kate putera william tuu sedara dier, ayah william dier panggil tok teh...hahaha, ader jer idea diaorg...tapi kan..u olls perasan x sepah mcm dh malas jer nk perform...nape erk, x taula bg korang sume, tapi tula yg sy nampak...common sepah jgn la malas2...korang ader potensi aper...

GOOD LUCK wat sume peserta ML...lu org sume mmg BEST...terbaekkk!!!!!

Review AF9 Konsert 5

act konsert 5 x abes tengok sbb nagntuk + Penat sangat sbb before tuu round2 Jalan TAR teman my aunty...

Eroll  :  ok not bad...suara dier mmg sedap kan...x pernah ke laut pun..

Afif  :  kesian, suara mmg ade tone, tapi nk wat cam ner...bese r AF, sy pun x tahu camner afif leh kuar...best aper dier bawak lagu MALAM, bukan senang ok nk bwak lagu M. Nasir...tapi dier leh bawak...mmg best tapi x der rezeki...x perla...mungkin lepas kuar AF makin mencurah2 rezeki afif...I.Allah...AMIN

Hazama  :  nie feveret sy ok, walaupun dier dh jadi artis, tapi dier layak untuk masuk ke dalam AF...lagi noktah cinta dier bawak...perhhhh sedapnyer, bak kate OG...x nmpak hafizz langsung, mmg gaya tersendiri...ok la persembahan dier, x kan lagu simple nk terkinja2 plak atas stage tuu...dah lagu tu rentak dier mcm tuu, hazama siap tarik lagi kat setern2 part...nak mcm mane lagi, rasenyer pengetua AF kene bagi lagu tinggi kt hazama, bile dh terpekik dgn nada tinggi baru diaorg puas hati kot...ape2 pun HAZAMA BEST...hope dier g final...AMIN...

Nera  :  bese r, muke mmg cantek...x dinafikan...performance dier...so-so la, ader peningkatan dari segi vokal...

Fina  :  Terrbaekkk...lagu mmg tinggi, suara dier mmg boleh tarik...lagu tuu susah gak nk bawak tapi fina boleh buat...mmg salute laa kt dier...suara mmg sedap...gud luck

Azri  :  MANTAP...suara mmg sdap, lagu yg dinyanyikan pun sedap di bawa oleh azri

Kay  :  kay nie suara dier mcm anuar zain ckit kan, suara mmg ada, tapi bak kate hattan mmg perlu banyak belajar lagi...mamat nie mmg pandai menggunakan pentas ok...hihihi

Lena  :  sory lena, sy x sempat nk tengok awk perform, lagipun tengok cam x best jer sbb lagu tu kot...pengetua please la bagi lagu yg ada makna ckit bak kate hattan, nie sume lagu2 ntah ape2...aduh!!!
(before fina n hazama masuk, my feveret adalah lena, tapi soryy yunk kasih sy sudah beralih arah...i love fina n hazama...gud luck!!!!!)

Sunday, May 8, 2011

WeeKend sy Dua minggu Lepas...

Hye friends...
sajer jer nk citer pasal weekend sy dua minggu lepas, sangat seronok...bawak adam balik kpg di negeri sembilan...dengan suasana yang nyaman jauh dari kota, aman...damai, hilang segala tension, masalah yg bermain2 di fikiran...adam plak kalau dapat tidor...wahhh lamenyer, yerla keadaan yang damai, sejuk jer dikelilingi pokok2 getah...tiada bangunan2 pencakar langit yg kelihatan...nyamannyerrrr....huhuhu
kami balik ke kpg pada sabtu malam, plan awalnyer nak balik kL balik ahad malam, tapi oleh kerana syoknyer berada di kpg, plan bertukar...kami balik semula ke KL pada isnin pagi...sbb jenis saya kalau esoknyer keje, sy mesti rest kt rumah satu hari sebelum start keje...x nak senak kan mind sy nie...tapi dapat rest setengah hari pun x perla...kire ok la tuu...

erm...seronoknyer balik kpg...nk balik lagi laa...adam pun seronok balik kpg...onyang dier lagi seronok dapat jumper ngan adam...rindu kampung!!!

layanzz pic2 adam kt kpg ari tuu yer...hihihi

knp masyam jer adam tuu...dh ngantuk la tuu...
wif ibu...

 wif pakcu kamarul...nie la geng adam u olss...hihihi


suke bile dapat ball kan...asyik pegang ball jer...hihihi
ball lagii....
 onyang adam...(atuk sy)

  onyang adam...(wan sy)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...