Followers yg yanie sayang

Monday, December 5, 2011

Adik APEX meninggal dunia ~ alfatihah

 
 
 
Assalamualaikum...
Takziah sy ucapkan kepada penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat (KFCM) kerana telah kehilangan adik tersayang pada jam 11.15 am semalam di Hospital Sains Malaysia (HUSM)...punca kematian adalah disebabkan demam denggi...

Adik Apek iaitu Mohd Amirul Izzat yang baru berumur 16 tahun sebelum ini telah dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selama 15 hari. Apek ketika ditemubual turut menyatakan,


" Kali terakhir saya sempat berbual dengan Izat ketika dia dimasukkan ke HRPZ II sebelum Hari Raya Haji. Saya dimaklumkan oleh keluarga keadaannya bertambah teruk sehingga tidak sedarkan diri ketika sedang menghadapi Sukan Sea di Jakarta. Saya bertemu dengannya kali terakhir selepas Khamis lepas, ketika itu arwah sudah tidak sedarkan diri. Izat minat dengan bola tetapi kurang pandai.
"


Jenazah adik Apek selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Mek Zainab.
Sama2 lah kita sedekahkan Al-Fatihah buat beliau...Al-Fatihah...


Terima kasih kerana membaca entry ini...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...