Followers yg yanie sayang

Wednesday, April 17, 2013

mengenai SYJ@SOFEA part II

Assalamulaikum...
ape khabar kesayangnku semua...hope semuanya sihat yer...
ok now aku nk sambung entry pasal band SYJ@Sofea yg aku gilakan sangat tuu...so korang leh la baca erk...act aku pun dah 3, 4 kali gak baca pasal sejarah kump nie...and now baru la dapat faham ckit....


Band SYJ asalnya dari kumpulan `Ex-December' yang juga ditubuhkan oleh Syed Yusof Jamalulail (pada ketika itu beliau merupakan anggota polis trafik di Ipoh). Ia ditukar ke nama `SYJ' pada tahun 1978. Anggota asal `SYJ' tahun 1978 terdiri daripada Halim (gitar dan keyboard), Man Gemok (bass), Pak Su Nor (drum - kemudian diganti dengan Din Urko) dan Hamidi (Flute). Penyanyi wanitanya Rohana Kassim.
SOFEA pada mulanya ditubuhkan oleh Allahyarham Syed Yusuf Jamalulail atau dikenali sebagai "pak syed" dengan nama SYJ pada tahun 1983 di Kampung Manjoi Ipoh,Perak. Sewaktu itu SYJ hanya bermain di rumah-rumah kenduri kahwin sahaja. Ketika itu, Amir bukan vokalis asal SYJ’86,dia diambil ketika sesi ujibakat vokalis untuk kumpulan ini. Amir menyertai SYJ pada tahun 1985. Sewaktu itu rumah Pak Syed sahaja yang mempunyai studio jamming. Penyanyi asal SYJ telah pun berundur diri dari SYJ.
Pada tahun 1986, SYJ’86 telah menyertai pertandingan Battle of the Bands yang dianjurkan oleh Ali Bakar. Ketika itu,pengurus kumpulan SYJ ialah Syed Yusuf Jamalulail. Selepas itu, mereka turut disertakan dalam album Battle Of The Bands 1 & 2 dengan lagu Hati Syaitan & Orang timur (BOTB 1),manakala lagu Mata Sepet & Teruskan untuk BOTB 2. Selepas album ini dikeluarkan, Syed Yusuf Jamalulail tidak lagi menguruskan kumpulan ini kerana sering mencetuskan kontroversi dengan lirik-lirik lagu yang 'panas' seperti Hati Syaitan,Orang Timur & Mata Sepet dan kerana tiba masanya untuk Amir dan Man Rani menggalas tanggunjawab sebagai "pengurus". Selain itu,mereka juga mencetuskan kontroversi dengan imej kumpulan rock dari barat seperti ‘Motley Crue’ dan ‘Kiss’. Lantaran itu mereka menukar nama kumpulan SYJ kepada SOFEA. Idea nama SOFEA merupakan idea daripada Man Rani sempena nama kekasihnya pada masa itu iaitu Julia Sofea. Nama ini muncul ketika kumpulan SYJ ini sedang van menuju ke salah satu tempat persembahan mereka. Dan tugas pengurus kumpulan juga telah diambil alih oleh Man Rani (bassist & 2nd vocal).
Pada tahun 1987, mereka keluar dengan album pertama mereka berjudul KEMBALI. Album ini mengandungi 10 lagu dan diterbitkan oleh Warnada Sdn. Bhd. Album ini turut menggunakan pemuzik luar (sessionist) yakni Raymond Lim. Ketika itu,barisan anggota Sofea telah bertukar di posisi drum iaitu Nahar telah menggantikan Eduat kerana beliau terlibat dengan beberapa masalah kesihatan.Sebelum ini Nahar pernah bermain secara sambilan untuk SYJ,maka selepas pengunduran Eduat, mereka terus menghubungi Nahar untuk menyertai SOFEA.
Pada tahun 1988, SOFEA telah mengeluarkan album yg ke-2 berjudul ANAK LIAR.Album ini merupakan titik mercu kejayaan SOFEA apabila memenangi beberapa anugerah seperti platinum gold disc,kulit album terbaik,sound system yang baik dan sebagainya. Barisan anggota SOFEA sekali lagi bertukar iaitu Fancy telah mengambil posisi bermain gitar menggantikan Zam. Album ini juga menyaksikan Man Rani telah menyumbangkan suaranya dengan menyanyikan lagu-lagu berentak slow rock iaitu Bunga Padang Pasir & Suratan Perpisahan yang merupakan lagu "berhantu" lantas digilai oleh rocker-rocker wanita pada masa itu.Dan saat itulah Man Rani digelar "Man glamour" oleh Mama Juwie.


Pada Tahun 1989, Nahar sekali lagi berkhidmat sebagai pemain drum & Fancy masih juga kekal di posisi gitaris untuk album ke-3 iaitu BONEKA PENTAS. Di dalam album ini kebanyakan lagu dicipta oleh anggota SOFEA sendiri. Lagu Syurga Di Hujung Jarum menampilkan Amir dengan Man rani bergabung suara sebagai penyanyi.Kali ini konsep serta imej sofea bertukar sama sekali oleh kerana permintaan syarikat rakaman.Lagu "Bungaku Kerinduan" merupakan lagu yang paling menyentuh hati kerana lagu ini ditujukan kepada isteri pertama Man Rani bernama Norbi binti Ahmad.Hasil perkahwinan beliau dkurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Amin Bin Othman Rani. Umur beliau 22 tahun.Menetap di Buntung Perak bersama opahnya.
Pada tahun 1990 sekali lagi, SOFEA telah melancarkan album mereka yang terakhir berjudul MIMPI & AIR MATA. Ketika ini,Amir selaku vokalis telah menarik diri dari terus menerbitkan album ini kerana mempunyai masalah antara ahli-ahli SOFEA. Album BONEKA PENTAS merupakan titik mula kejatuhan SYJ SOFEA ini kerana album ini rata-rata ahlinya tidak lagi mempunyai minat untuk meneruskan perjuangan SOFEA terutama Man Rani.Oleh kerana ingin "menampakkan" arwah Eduat bersama SOFEA maka akurlah mereka untuk menerbitkan album ini walaupun mereka tahu yang album ini tidak akan membuahkan hasil. Kekosongan posisi Amir diambil oleh Zan(Alang). Manakala Eduat telah pun kembali dengam mengambil semula posisi drummer yang ditinggalkannya ketika dulu daripada Nahar. Atanka pula menggantikan kekosongan posisi gitaris yang ditinggalkan oleh Fancy kerana beliau menubuhkan kumpulan LEON.
Kini, salah sorang anggota SYJ86@SOFEA telah meninggal dunia iaitu Eduat atau Syed Noor Eduat bin Syed Yusuf Jamalulail pada 11 Oktober 2006. Al-Fatihah

terima kasih kerana sudi membaca entry ini...

Monday, April 15, 2013

lagi cite pasal SYJ@Sofea

Assalamualaikum...
ape khbar all my reader...(ada ker)...hehehe...x kesah laa kan sesape yg bace blog nie aku nk ucapkan ribuan time kasih...ade gak yg sudi bace walaupun just a silent readers...

last week puas aku cube utk update blog aku nie...punyala puas aku godek2 tapi still hang jugak...nk wat mcm mana kan dh line kt ofis nie mcm hampeh...lembssss semacam...ikutkan jerla...
korang ingat x entry before nie yg aku de ckp pasal kawan aku x leh join konsert sofea kat perak tuu...ok sebenarnya itu adalah TIDAK BENAR sama sekali hokey...dia main2 kan aku nk kasi aku gabra...tapi lex r aku kan dh ckp aku cool jer malas nk marah2 kan walaupun dalam hati nk molotup raso eh...hahahha...

korang tau punya la puas aku memujuk...x nak la guna perkataan memujuk...puas laa aku meracun atau menghasut budak2 nie utk g perak...at last memasing nk pulak pegi tuu...yg x boleh tahan nak g satu kete jer pun ada plak yg siap nk bawak car seat anak...x muat ok, bukan lah x muat act aku takut diaorg x selesa jer yerla nk letak car seat ade plak budak2 kecik 3 org...aku relax jer duk kat depan sebelah driver...act aku x bawak adam kali nie coz first time nk join konsert kan, aku nk tengok dulu keadaan mcm mana...aku dh sound hubby ckp next konsert kalau sofea wat kat KL dia kena ikut...so cik hubby ckp...ala sy x minat laa rock kalau awk nk g, g jerla sy bagi awk g...haa kalau dia dh bagi keizinan mcm tuu senang laa aku nk g berjimba2 kan...tapi i tetap baik ok, walaupun kenakalan zaman sekolah masih lagi terbawak2 dlm diri nie BUT my family is alwayssss NO.1 k...
lagi satu mule2 tuu mcm aku rase x syiokkk sangat sbb dengar tarikh pilihanraya adalah 27hb kan so time pengumuman tuu aku curi2 dengar dr tv bilik bos sekali tarikh undi 5.5 laa...next week nyer tuuu...wahhh ape lagi aku dlm bilik...YES...YES senyum sorang2...hehehe
then geng2 SOFEA pun ada wasap2 ngan aku diaorg ckp lega sangat sbb kalau konsert same tarikh ngan pilihanraya mesti jadi hambar...kire ok laa jalan tuu dah dipermudahkan oleh Allah kan...

haa close x aku ngan geng2 SOFEA...hahaha, x dela sangat act diaorg mmg sporting...x sombong2 bak kate diarog ipoh mali talak sombong...hope time kitorang g sana nnt semuanya akan ok laa...aku berangan nk jumpe face to face vokalis sofea yg aku mmg minat gila2...nama dia man rani, tapi aku tau bukan senang nak jumpe artis nie...bukan aku sorang jer peminat dia ramai lagi ko jgn nk perasan mcm ko sorang jer yg minat dia yer yanie...hahaha...tapi kan mmg mcm x caye laa time first time aku call utk beli tiket tuu aku dilayan begitu baik skali...then siap story mory pasal sofea banyak bende yg aku x tau pun aku boleh tau...mmg best sangat2 n now aku dah boleh mcm buat jadi kawan2 kalau nk share ape2 just share kalau nk tanye ape2 pasal sofea just tanya...maklum sifat ingin tahu aku nie mmg tahap dewa ckit aku akan cungkil sampai dapat...hahaha...

act man rani nie aku adore dia sbb first time aku dengar vokal dia dalam bunga padang pasir...korang tau lagu bunga padang pasir kan...ok vokalis dia adalah man rani, tapi man rani bukan lah first vokal utk band sofea yer, vokal sofea adalah amir...man rani adalah second vokal n dia adalah bassis bagi  band sofea...aku perasan man rani banyak nyanyi lagi slow rock utk band nie...ala mcm panjang lagi jer nk cite pasal band sofea nie...nnt laa aku sambung...nnt korang jadi x faham plak...nnt aku sambung asal usul sofea and mcm mana aku leh cungkil pasal sofea nie...

nie aku nk kasi up lagi pic2 sofea...jom layan...


ok jom kite ramai2 g konsert SYJ sofea...


kalau korang tengok pic kt entry sebelum nie kan, haa itu 28 tahun yg lepas...nie adalah pic terbaru dr sofea dgn lineup yg baru...tapi vocal n bassis adalah yg sama dgn dulu k...just drummer n lead guitar jer yg baru...whatever SYJsofea tetap terbaek dr ladang...hehehe


tiket dh print tapi aku malas nk suh postkan aku ambik time konsert nnt...senang...

ok tu serba sedikit...banyak lagi nk cite tapi malas taip...hahahha

thanks coz sudi bace entry nie yer...


Monday, April 8, 2013

bosan aku...

Assalamualaikum
ape khabar smua hope sihat2 belaka...
erm hari nie rase mcm x berapa nk sihat...rase sejuk semacam padahal x pasang air cond pun, trasa mcm nk mintak half day pun yer jugak...tapi malas lah...tahan jerla smpai petang...pastu tengok jam alahai baru kul 11...nape la lambat sangat trasa masa nie berjalan...
erm...agak2 nya bile erk pilihanraya...dengar ckp2 org 27 hb kan...tapi aku sangat berharap bukan tarikh tuu sbb nya aku dh beli tiket nk g tengok konsert syj@sofea...korang tau x band tuu...ok band tuu band rock zaman 1986 mcm tu lah...aku pun baru lahir time tuu...baru umur setahun...sekarang nie diaorg wat come back, aku pun baru tau and dah banyak jugak konsert diaorg yg aku x pat join...aku nie nampak jer mcm nie tapi aku mmg jiwa rock kot...lagu2 zaman sekarang nie mcm x in laa ngan aku...kalau aku bukak u tube pun aku akan layan lagu rock jugak...pasal sofea later laa aku sambung erk...
semak betul laa kdg2 dh plan baik punya ade jer benda menghalang...nie kawan aku sorang bgtau x dapat g plak...tension weh sebenarnya tapi aku malas nak tunjuk...dah aku x tau nk angkut sape g sana...konsert tu kat perak...geram tapi malas r nk tunjuk...huhuhu
agaknye sbb tuu kot aku rasa nk demam...hahahaha...aku bese r kalau satu benda yg aku berharap then aku x dapat aku akan jadi mcm nie laa...demam laa pening laa x lalu makan laa...mcm2 lagi lah...
k la nnt sambung lagi lah...nk tulis pun x de mud...bosannyaaaaaaaaa....



nah aku kasi up ckit pic kump sofea...ganas x...hahaha...jgn memain diaorg nie power tau...ada gambar lagi ganas dari nie...nnt aku wat entry special pasal band nie k...

k lah thanks coz sudi membaca entry nie...

Tuesday, April 2, 2013

WarMup EntRy by Me...

ASSALAMUALAIKUM....

ape khabar smua...huhuu...rasanya dh hampir setahun jugak blog nie x beroperasi...bukan apa yer kengkawan alasan x munasabah sy ialah blog kt ofis kene BLOCK!...damn...sakit betul hati nie...bukan lah sakit hati sebab x leh nk menulis ke ape...sakit hati sbb x dapat nk mengisi otak nie dgn ilmu2 dr bloggers2 yg sy cintai...ecewahhhh...seriously bosan...rasa mcm kosong ker duduk kat ofis nie bila tengah x de keje tu kan...bukan lah i nie 8 jam ngadap benda alah nie tp bila ada jer waktu terluang tuu mesti nk membaca ok...ce suh bace buku sejarah kompem x nak kan...hahahha...sekarang nie zaman ilmu di hujung jari...mmg i lebih suka cari bende2 baru tru blog...best!!!!...

so now mcm2 nk cite sebanrnya ...sbb selama hampir setahun x buka blog nie mcm2 bende dah jadi...eee mcm2 lah nk cite...tp bese jejari runcing nie menaip (marah cik elia) idea tu mesti dia mcm tersekat2 nk keluar...its ok nie maybe sbb baru2 lagi nie...nie baru nk warmup nie...ape2 pun dr smalam aku dh terloncat2 depan pc nie sbb saje2 jer try buka blog skali boleh kau...haa kawan depan bilik aku nie pun dah x terkata tengok kelakuan aku...hahaha...yerlah sesungguhya amat membosankan hidup x de blog...hahaha...ayat ntah ape2 kan...lantak r asalkan paham...

mcm2 nk cite...nk cite pasal mekap, pasai ubat kurus, rumah, keje, kawan, lawan...eh2 lawan plak...hehehe...mcm2 la lagi nk cite tapi tunggu next2 entry k...kan dh ckp nie baru warm up jer...bukan la kt umah x leh nk berblogging bagai tapi faham2 la bila balik umah i penat u...hahaha...balik umah i online pun tru phone jer...x duk depan pc pun sbb pc anak bujang i dah cop awal2...dia nk tengok kete racing...hahahah...oh anak bujang i pun da besar sekarang...Alhamdulillah rasa mcm kejap jer masa berlalu dan sekarang nie AKU dh tebal telinga dengar org perli suh tambah anak...tapi kubiarkan sahaja masuk telinga kanan kluar telinga kiri...hihihih....bukan x nak tapi nk settle satu2 benda dulu...

ok lah dh panjang pulak melalut nie ape2 pun thanks laa kpd sesape yg masih sudi dan rajin melawat blog yg x pernah di renovate nie...nuffnang pun tadak...hahaha...i know ada silent reader jugak yg follow my blog...walaupun sy nie bukan lah sesiapa...hehehe...thanks...so kite jumpe lagi di next entry yaa nk p baca blog kak elly jap...hehehe

untuk tatapan semua........hehehe



penglipurlara hati aku...luv u my son...


terima kasih kerana sudi membaca entry ini...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...