Followers yg yanie sayang

Wednesday, April 20, 2011

share pasal penyusuan...

Orang selalu kata, kalau nak jimat, masak di rumah. Beras kalau tidak ditanak manakan bertukar menjadi nasi. Berapa banyak nasi yang kita mahu maka tahu lah kita mengagak berapa sukat beras yang perlu. Saiz periuk itu juga, bukannya boleh mengembang dan menguncup sesuka kita. Maka jika perlu nasi yang banyak.... jika saiz periuk kita kecil maka perlu lebih kerap beras yang perlu ditanak.

Beras pula, jika mampu beli yang baik tak salah beli yang bagus malah ada yang sanggup belanja untuk membeli beras import untuk dimasak menjadi nasi. Bagi yang kurang berkemampuan, beras biasa menjadi pilihan. Apapun beras ini akan tetap menjadi nasi. Cuma kualiti nasi sahaja yang berbeza.

Periuk...bagi yang mampu pastinya mencari periuk nasi serbaguna. Periuk ini selain memasak nasi, sangat menyenangkan bila nak masak bubur tanpa perlu kita berjaga2 nasi menjadi hangit. Macam-macam fungsi ada. Bagi yang sederhana, periuk nasi elektrik biasa menjadi pilihan. Bagi yang kurang kemampuan, periuk biasa ditanak di atas api dapur. Namun apa pun, tujuannya tetap sama iaitu mahukan beras bertukar menjadi nasi.
Ini cerita mereka yang masak di rumah.

Bagi yang nak cepat dan duit lebih, mereka rasa makan diluar lagi mudah. Dapur tak bersepah dan hidup lebih mudah. Namun ada juga yang sekadar beli lauk di luar dan tanak nasi di rumah. Lebih jimat katanya.

Namun hari ini setelah kesedaran dalam diri timbul, apabila berlaku macam-macam gelagat peniaga seperti meludah dalam nasi sebagai petua pelaris, bayar harga nasi mahal walhal hanya beras biasa....sudah pasti menanak nasi di rumah menjadi pilihan.

Apa yang ibu cuba sampaikan di sini ialah menanak nasi untuk keperluan ialah ibarat menyusukan anak dengan susuibu. Jika kita tidak menanak beras , masakan beras akan bertukar menjadi nasi. Sama dengan keadaan seorang ibu, masakan boleh air dalam tubuh ibu itu akan memancut dengan sendirinya menjadi susu jika tidak dihisap atau diperah? Bila bayi menghisap atau diperah barulah susu akan mengalir keluar. Lebih kerap beras ditanak menjadi nasi maka lebih banyak nasi yang dapat di makan. Maka samalah gambaran apabila lebih kerap bayi disusukan atau lebih banyak sesi perahan,maka lebih banyak susu dihasilkan.

Bercerita tentang jenis beras....beras sendiri mempunyai gred yang tersendiri. Namun mengikut kemampuan individu masing-masing memilih jenis beras apa yang hendak ditukarkan kepada nasi.
Masih ingat zaman ibu kecil....memandangkan kami orang susah ditambah adik beradik saya ramai, adakala beras hancur pilihan terbaik. Namun bila dah besar dan dah ada keluarga, mak saya selalu pesan...jika mampu, belilah beras mahal....belilah sebab sendiri yang nak makan. Jangan berkira kecuali macam mak dulu....tak berkemampuan nak bagi beras yang bagus. Sayu juga bila ingat kata-kata mak....namun memang ada kebenarannya.
Sama dengan susuibu...apa yang ibu makan akan menghasilkan kualiti susu itu sendiri. Memang ada pihak yang menafikan dengan mengatakan susuibu itu semua sama....hakikatnya tidak. Susuibu itu khasiatnya sama. Macam nasi tadi, khasiatnya sama. Namun samakah nasi dari beras mahal dan beras biasa? Tepuk dada tanya selera. Nak hasil yang baik maka perlu beri yang baik. Jaga pemakanan selalu ditekankan supaya susu yang terhasil itu penuh dengan zat khasiat yang diperlukan tanpa menjejaskan kesihatan ibu. Makanlah yang bagus2 agar hasilnya juga bagus.

Pam, adakah beza pam yang mahal atau yang murah? Saya tukarkan dalam konteks tanak nasi tadi....periuk. Adakah sama periuk yang multi-function ,periuk nasi elektrik biasa dan periuk biasa yang ditanak di atas dapur? Kalau yang mampu, pam yang hebat harganya setanding dengan fungsinya pasti menjadi keutamaan. Bagi golongan sederhana, memadai pam yang biasa asal boleh berfungsi. Namun saya cuba gambarkan teknik marmet itu adalah ibarat periuk biasa yang digunakan di atas api untuk menanak nasi. Memang nampak macam sedikit leceh namun hasilnya juga tidak mengecewakan cuma perlukan lebih usaha dan perhatian. Saya beri contoh jika tanak nasi atas dapur api, kita kena selalu berjaga dan beri lebih perhatian supaya nasi tidak hangit. Namun jika kena dengan cara, nasi ini lebih nikmat kerana ada tambahan kasih sayang yang dibubuh tanpa disedari.
Begitulah dengan teknik marmet....nampak macam leceh, tapi bila kena dengan cara yang betul....susu akan mengalir dan LEBIH HEBAT ditambah penuh kasih sayang kerana si ibu tadi memberi lebih perhatian dalam memastikan susu yang keluar masuk ke dalam botol tanpa menitik dan jatuh ke tempat lain.

Bagi mereka yang tidak menyusukan anak adalah ibarat mereka yang membeli nasi dari luar. Tidak salah sebab setiap orang mempunyai kelebihan dan kekangan masing-masing. Setiap orang mendapat taufik hidayah yang berbeza. Bagi yang menyusukan anak dengan susuibu, bersyukurlah kerana kita memiliki peluang keemasan itu. Maka jangan sesekali kita menghina dan mengkritik ibu yang tidak menyusukan anaknya dengan susuibu. Kita mampu berdoa agar mereka ini diberi taufik hidayah untuk menyusukan anak mereka yang seterusnya.

Saya masih ingat sesi pembelajaran bersama arwah abah dulu. Abah suka mengajar dan memberi anologi supaya saya lebih faham atas perkara dan pelajaran baru yang diajarnya. Saya juga setiap hari cuba memikirkan apakah anologi yang dapat saya hasilkan agar teman seperjuangan saya dalam penyusuan lebih berjaya dalam perjuangan mereka. Namun alhamdulillah, makin hari makin ramai yang sedar tentang kebaikan susuibu. Kebaikan susuibu itu ibarat kebaikan menanak nasi dengan tangan sendiri. Pastinya lebih enak dan lebih sihat dan lebih selamat.

Maka harapan saya, penulisan saya ini membantu lebih ramai ibu yang menyusukan anaknya. Ingatlah, masakan mampu kita tukarkan beras kepada nasi jika tidak ditanak? Lebih kerap kita tanak, lebih banyak nasi yang dapat dihasilkan. Kesimpulannya, lebih kerap sesi perahan maka lebih banyak susuibu dihasilkan .

Sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH dan yang kurang itu dari saya.




 Sumber Saya  :  kump. Ibu-ibu menyusu (FB)
sumber asal :www.anakkuwiraku.com
Renung-renungkan dan selamat Bermamal.....

Sunday, April 17, 2011

MahaRaja Lawak Week 3...

Nak wat review ckit leh x...
act sy dah layan ML nie dr week 1 tapi tetibe week 3 dier tayang kt siaran lain lak...kat astro mustika, rumah sy x langgan pun astro mustika nie...so sy layan kt youtube jerla...bagi saya ML nie bagus, act bukan ML la tapi dari Raja Lawak lagi mmg bagus sbbnyer dari ctu makin rmai pelawak2 yang timbul...kite dh ketandusan insan2 lawak sekarang nie kan...so ini kesimpulan yg sy dapat dari ML week 3...

tempat pertama di hati saya adalah.....
NABIL...huih mengancam habes dier perform.  bagi saya nabil adalah seorang yang sangat2 kreatif, sbb nyer dier tampil sorang2 jer atas pentas leh bagi audients gelak bagai nk rak...bak kate apek x payah nk ader geng nabil leh wat org ketawa terbahak2...citer simple jer pasal lalat...tapi mmg kreatif larh...tambah2 dier nyer bahasa tuu...bahaso ibunda nogori den tuu....wakakka...keep it up nabil...terbaekkkk

pastu kumpulan SEPAH...haa! yang ini pun lawak gak, kumpulan sepah nie bg sy POWER, sbb penyampaian depa nie jelas...sebutir-sebutir...boleh plak si shuib pakai baju cam tuu...adoi...wat aku ketawa jerla...kaler purple lak tuu...feveret eden....dier pkai baju ct sarah ker. tuu...kahkahkah...x perla yg penting korang tetap BEST!

then JOZAN...sebenarnyer before ML start lagi sy mengharapkan sesuatu dari johan dan zizan nie...tapi sedikit hampa setelah menyaksikan persembahan mereka di week 1...week 2 ader sedikit improvement tapi masih x dapat buatkan sy gelak smpai kering gusi...week 3 nie sangat2 improve, tapi x leh lawan nabil n sepah lagi kot...muahahaha....JOZAN please wakeup sbb perminat sangat2 mengharapkan sesuatu dr anda...mungkin anda ader harapan utk jadi MAHARAJALAWAK, tapi biarla u olls jadi ML yg berkualiti sbb ML mencari yg terbaekkk...setakat nie sy tengok nabil, sepah n jambu lebih baik...huhuhu. Please JOZAN!

JAMBU plak mencuri hati...always mencuri hati sbb nyer dahla diaorg nie perform pakai baju caler pink..mmg sangat2 jambu ok...tapi bak kate mamat kalid depa nie mmg membuat satu transformasi dalam raja lawak sbb lawak2 depa nie mcm lain dari yang lain...week 3 nie depa x banyak cakap pun tapi nyanyi, nyanyi dan nyanyi saja, tapi still leh wat org gelak kan...yg best nyer intro dier...pandai plak diaorg pilih org sorang badan besar sorang kecik ckit pastu dan2 depa kuar dari belakang....surprise tul la depa nie...kreatif la...tapi no wonder la depa nie kreatif sbb nyer tauke tu seorang penerbit...yus plak mmg kreatif dr RL lagi...

AMIR...oppsss yang ini bukan saya suka yer...yang ini sangat2 saya x suke...malu la...dier mcm memalukan diri dier sendiri larh...argghhhh...dah la x kluar2, org lain plak yg kuar...yg ader potensi yg kene kuar...amir pleasse la kreatif ckit...shah slam smpai nk bagi gitar lagi kt dier sbb nyer sangat x ikut tempo, mmg la hang tu pelawak bukan penyanyi tapi agak2 la kan...adoi...improve ckit la...!

aper2 pun bagi saya NABIL is the best utk week 3, x caye layan nie



TERBAEKKKKK!!!!!

Friday, April 8, 2011

CerMiN kaca AF9......

Akademi Fantasia 9 yang dikatakan telah menurun popularitinya mengadakan sesi media semalam. Sesi media tersebut bagi mengumumkan barisan finalis, tenaga pengajar dan beberapa kejutan lain. Untuk makluman semua, AF9 ialah musim yang terakhir.

Mencari kelainan dan antara usaha menarik semula perhatian umum, pelajar-pelajar AF kali ini tidak lagi diquarantine dan diletakkan dikawasan tersembunyi. Kejutannya, mereka ditempatkan dalam sebuah rumah kaca di Aeon Setiawangsa di AU2. Pengunjung Aeon, boleh melihat mereka secara live  ibarat menyaksikan ikan dalam aquarium. Gimik ini mengingatkan saya pada kawasan ‘black district’ red light district di Armsterdam dimana exhibitor mengunakan ruang kaca di hadapan kedai masing-masing bagi melariskan produk.

bagi melariskan produk...oh tidak, bagi sy tiada surprise lagi bila mereka dihidangkan kepada para pengunjung Aeon tersebut, tiada lagi keistimewaan di dalam AF seperti sebelum2 ini.  Ia juga akan sedikit mengganggu para pelajar untuk melakukan latihan demi latihan dalam situasi yang agak semak itu.  Begitu juga dengan diary AF di mana pengacara berlatarbelakangkan para pelajar yg sedang membuat latihan, owh agak semak fikiran saya apabila menonton diary AF yg seperti itu berbanding sebelum2 ini di mana pengacara tidak berlatar belakangkan suasana seperti itu...apakah relevannya keadaan ini, sebagai salah seorang peminat setia program ini saya sangat tidak setuju dan pelik dengan konsep yg cuba dibina pada tahun ini...bagi saya agak semak dan kelam kabut...sory kpd sesape yg suke dgn konsep tersebut tapi bagi saya TIDAK...apa2 pun dek kerana minat dalam rancangan ini maka saya teruskan juga sesi tontonan saya setiap hari dan setiap minggu.................

see guys...agak semak kan, x selesa bile ader org tengok kite berlatih kan...sangat tiada privacy...sume nak tunjuk kat org...x sesuaiiiii.....

Berbanding dgn AF dulu-dulu, lebih selesa setiap sesi hanya kita2 jer tahu...x der org sekeliling kita yang dok pandang2...x derla semak...x derla u alls nk cover2 cun n macho...selesa, selesa dan sangat selesa...very the P&C....

Tuesday, March 29, 2011

apabila anakanda sudah dapat langkah.....

Alhamdulillah...putera hati saya dah pun dapat langkah seawal usia 9bulan...tau x dier dapat langkah time kat kpg...adam...adam, nk balik kpg jugak baru la dier rajin nak melangkah...kt kpg tuu rumahnyer luas so puasla dier berjalan2 jatuh...time mule2 balik kpg dulu dier baru dapat langkah, time balik kpg kali kedua...wahhh bukan main lagi dier round satu rumah moyang dier yg luas tuu...tergelak2 moyang, nenek sedara dan uncle aunty dier tengok...adam bile balik kpg ramai yg melayan, so ibu dier leh relax ckit...ckit jer yer...hiii, adam pun bile balik kpg heppy sangat sbb ramai kawan...dier la yg paling kecikkkk skali...tapi kelakuan mcm org besar...tergelak2, pandai lak tuu bergurau...



apabila anakanda ibu dh dapat melangkah maka  :

dier berjalan satu rumah, ke sana ke sini...dengan terhincut2 nyer...geli hati tul tengok beby baru dapat jalan nie...

dier bukan sahaja nk melangkah tapi nk berlari terus...aduhh adam...kalau jatuh mcm mane, risau ibu la...nak ikut jejak langkah ibu jadi pelari pecut 100 meter ker nie...hihihi

dier kejar nyer kucing...so zoro dan si dino...dulu sebelum dapat jalan dier kejar sambil merangkak...sekarang dah dapat jalan dier kejar sambil berlari plak tuu...risau...risau....

dier akan selalu terjatuh terduduk...tapi wat muke selamber jer...x sakit ker nak...haishhh

dier akan meluru jer ke depan, x kisah la ape yg ader kt depan mate dier...buat nyer terhantuk mcm mane...runsing ibu

dier akan jalan senget2...bak kate ayah dier...adam jalan mcm ketam...hihihi

dier terus jer dapat kasut baru yg bunyi2 tuu...boleh tau dier ader kt mana time dier jalan2...hihihi

dier akan selalu di bawa ke taman2...nak pracrise lagi bagi dier kuat ckit untuk berjalan....

dier dah boleh round2 sendiri kat dalam manjaku centre tuu...dah x kene dukung sangat...tapi ibu still nk dukung dier jugak...bahaya lepaskan sorang2...takut g pilih sendiri barang2 yg dier nk beli...wakaka...

yang paling penting...bile anakanda sudah dapat langkah
                                                 
'
'
'
'
'

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
dier lambat tumbuh gigi....waaaa!!!!!!
tapi kan...atuk adam kate..."adam jgnla tumbuh gigi lagi, atuk suke adam x der gigi lagi...", hihihi....ibu pun suke adam x der gigi lagi...mulut dier bau wangiiii....peace!!!!!


tak tihhh....anak ibu...nnt lumbe lari ngan ibu yer cyg...mmuahhhh!!!!!!

Monday, March 28, 2011

gift...

yeayyy hari nie dapat shawl free lagi...kali nie made in turki...sbb nyer my big boss baru balik dr turki, dier panggil masuk bilik dier, ingatkan knp la tadi.....rupenyer  "  nie utk ko, x der ape nk bagi kat ko"...jgn la trkejut yer sbb my big boss mmg gune bahasa kawan2 jer ngan staff, kitorang dh bese dahh...hihih, itula dier seorang big bos yg ingat kt staff dier..kite pun naek segan bile dah bos terlampau baek nie kan, act sebagai PA nie bukan lah kitorang nie mengharapkan present atau wang ringgit atau whatever dr mereka, tapi yg kite nak adalah keprihatinan mereka, setakat nie Alhamdulillah sy dapat bos yg baik hati dan perihatin...mintak simpanglah dapat bos yg garang2 dan x der hati perut...ngerinyer...huhuhu...AMIN

 Inilah shawl free sy...hihhi, dapat my fav caler lagi...coklat...cantek taw, sebelumnie ader dapat shawl free gak...dari mesy PERKEP, dapat caler pink...sebelum tuu pun ader dapat jugak, hubby bawak dr ofis, sebelum tu ader akk kt cni bagi...tapi sumenyer sayang nak gune...huhuhu...bestnyer dapat bende free nie kan...nak lagi boleh x...hihihi...peace!

T.A.H.N.I.A.H

Saya nak ucapkan tahniah kpd kawan2 sy yang telah mendirikan rumahtangga dan yg bakal mendirikan rumah tangga, ramai jer yg dah melangsungkan perkahwinan...tapi yg nak sy cerita di sini adalah tentang satu peristiwa di mana sy leh terlupa tarikh kawen sorang member saya nie...sebenarnya time dier kawen tu sy ader di kpg, sy x bajet tul la dier kawen time tuu sbb sy ingatkan dier kawen minggu selepasnya...aduhhh...kesian kt dia, sbb nyer mase majlis kawen sy dier la kawan yg first datang...malunyer kt dier, kpd husna...aku mintak maaf banyak2 sbb terlupa tarikh kawen ko, maybe sbb sedare mare aku berderet kawen tu aku terlepas pandang majlis ko...act husna nie member sy time study di politeknik kuantan dulu, kitorang satu kelas, nak dijadikan cite time dapat keje pun same2 gak, g induksi pun same...dan di bawah jabatan yg same...sowy makcikkk...huhuhu



ini gambar sy ngan husna time induksi kat langkawi tahun 2009...sebelum sy kawen...


Husna yg duk kt sebelah sy tudung caler kuning...nie jer pic2 sy ngan husna...time induksi dulu2...


 time induksi pun kitorang ditakdirkan satu group...hihihi

then nk wish my conrats kat sorang member sy nie...haa...kalau nak tau dier nie pun member sekelas time kat poli dulu, cume dier lebih memilih tuk jadi peramugari, maybe lebih sesuai kot dgn jiwa dier yg mmg ala2 ratu dari zaman study lagi...cantek memanjang...hihihi...nama dier zaidatul norfazlin, tapi kitorang panggil dier along...dier dah pun melangsungkan pertunangan dgn danny...ala yg dulu anggota Kumpulan X-Factor...pada 20Mac tempohari...CONGRATS both of you lalink!!!


tahniah buat along...sweet kan (psst...kawen jgn lupe ajak aku erk)...hihihi, peace!!!

Monday, March 14, 2011

LoVe U......

kat cni ibu nk dedicate kan kat adam...yg ibu sangat saaaaaaYang kat adam...x terluah dgn kata2...sory u alls kalau boring dngar cite saya syg kat adam nie, rasenyer dh banyak kali perkataan ibu syg adam, ibu love adam, ayah love adam...ibu n ayah love adam...asyik syg, love, syg, Love...sume utk adam...tapi di mana lagi tmpat sy nk luahkan isi hati perut sy nie...kt blog nielah (selain kt adam sendiri yg dh lebam2 kene cium ngan ibu/kdg2 kene gigit manje ngan ibu...sbb geram sangat2)...hihihihi...sowy cyg ibu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...