Followers yg yanie sayang

Monday, August 1, 2011

Ketahuilah Bahawa...Buat insan2 yg pernah kecewa dan dikecewakan...

Assalamualaikum...
baru2 nie terbaca kat blog cik epal yg famous tuu pasal khairul fahmi putus tunanga ngan emilia...alahai, knp putus dik...sayangnyer hubungan tuu...tapi yg nak sy kongsikan di sini bukan lah mengenai kes putus tunang tersebut, tapi sy terpaut dengan kata2 yg telah sudi di sharekan oleh cik epal kpd pembaca setia blog nya, kata2 yg memberi semangat dan sinar yg menyala2 untuk masa hadapan...cewahhhh...sape2 yg pernah kecewa bercinta patut baca nie...dan sesape yg suke melawan takdir Allah pun patut baca bende nih...cik epal akk pun copy n paste dr blog awk yer untuk dh share kpd kawan2 akk...

Ketahuilah bahawa…


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri,supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samaada ia menjadi milik kita.


Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.


Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu selagimana kamu taat akanNYA.



Ketahuilah jua  :-

"Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan.Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan semangat." -Hamka

"kalau kita betul-betul sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi, jangan kau halang dia, andai sudah tersurat dia milik kau, suatu masa nanti dia pasti balik pada kau walau sehebat manapun pengganti yang dia jumpa dan andai kau sayangkan sesuatu benda itu, jangan kau genggam dia terlampau kuat, bimbang ianya pecah didalam genggaman kau sndiri"

haa...naik x semngat korang...so x perla kalau kite terlalu kecewa ngan seseoarg tu ketahuilah bahawa org itu bukanlah yg terbaik buat diri kita...yg terbaik buat diri kita telah ditentukan oleh Allah S.W.T...lantak laa dengan org yg suke sangat mainkan perasaan org yg boleh tukar awek mcm tukar baju...yg x reti nk mintak maaf bile dh kecewakan org tuu...biar Allah sahaja yg membalas perbuatan diaorg...

ape2 pun aku tetap menyayangi chenta hatiku...semoga dipanjangkan jodohku dgn Muhammad Hurairah Bin Shaad sehingga ke akhir hayat ku...AMIN...


awk2 sume nk tanye nie...comel x kami...(sambil tesengeh sorang2 tengok pic lame...eh lame ker)hahaha...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...