Followers yg yanie sayang

Tuesday, November 8, 2011

Tentang DHIA...

Slot Akasia : Sinopsis Tentang Dhia

Akhirnya drama Soffiya berakhir denga happy ending. Akhirnya cinta Soffiya tetap menjadi milik Kamal. Dan Ilyas tetap sendiri bersama dengan anaknya bersama Fiona. Kiranya ending Soffiya agak menarik walaupun ramai yang mengharapkan endingnya Soffiya bersama Ilyas.. 

Esok bermulalah drama baru iaitu Tentang Dhia sebanyak 26 episod lakonan Adi Putra, Nora Danish & Tasha Shila.. I like Adi Putra.... tp mcmana dengan gandingannya bersama Nora Danish..Menjadi ke??? Sebelum ni heroin febret bersama Adi Putra, Fasha Sandha.. Boleh ke Nora bawak watak berat?? Sebelum ni just tgk Nora dengan watak yang penuh happy go lucky & manja2 jer.. Kali ni bawak watak berat..dan mengalirkan air mata... Menjadi ker??? Apa2 pun...kita tenggok dulu watak Dhia dalam diri Nora Danish.
 
 
Hati wanita mana yang mampu menahan duka lara taktala dilanda badai ujian dan dugaan tanpa henti ? Bakal menemani anda menerusi slot Akasia pada setiap Isnin hingga Khamis , jam 7 malam , saksikan drama Tentang Dhia , sebuah kisah cinta menggamit emosi dan penuh dramatik terbitan Grand Brilliance yang bersiaran mulai 9 November ini .

SINOPSIS TENTANG DHIA

Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia ( Nora Dhanish ) , yang berdiri antara dua lelaki sangat dikasihinya . Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly ( Izreen Azminda ) , yang berasakan dirinya lebih anggun dan sesuai . Raffi ( Irfan Roslan ) dan Azmi ( Ako Mustapha ) , dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang .

Hanya memikul tugas sebagai kerani biasa , Azmi adalah seorang imam di kampung disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati . Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi , walaupun Raffi , jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan dari universiti luar negara juga adalah teman rapat Dhia sejak kecil.

Tergamam apabilanmelihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia bakal melangsungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan dalam kesedihan & kekecewaan. Namun hatinya ikhlas mencintai Dhia, lalu Raffi mengambil keputusan reda dengan apa yang berlaku.

Melly mengambil kesempatan untuk mendekati Raffi & menidurinya ketika dia dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya. Tetapi "jerat" yang dipasang Melly memakan dirinya endiri apanila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan & terdesak, Melly mengenakan Azmi.

Azmi & Melly ditangkap basah penduduk kampung & ditahan di lokap polis. Sejurus mengetahui berita itu, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis pertunaeka akan mereka akan berlangsung tidak lama lagi.

Namun, berkat ketabahan hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi & majlis pertunangan tetap berlangsung seperti dirancang, Namun, majlis mereka diserang keluarga Melly yang ingin menuntut keadilan dari Azmi. Mereka mahukan Azmi bertanggungjawab ata perbuatannya sehingga Melly mengandung,

Sekali lagi, Dhia diuji & ujian kali ini bakal mengubah hidupnya sampai bila-bila. Azmi & Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia yang hanya mampu mengalirkan air mata. Bagaikan pelangi selepas hujan, hidup Dhia didatangi Zikir (Adi Putra), seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir mempunyai seorang rakan baik bernama Fendi, dan mereka bekerja di firma yang sama. Zikir sangat diminati Rose (Tasha Shila) yang juga pekerja firma milik beliau.

Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut dialami Zikir ketika hendak mengerjakan olat Jumaat. Zikir datang ke kampung Fendi untuk majlis pengebumian yang terletak di Pulau Pinang & ditemani isteri arwah Fendi, Suraya.

Ketika menjamah nasi lemak di sebuah gerai di kampung itu, Zikir terlihat Dhia. Mata mereka bertentang, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia. Kemanakah hala tuju Dhia setelah kehilangan Azmi & apakah yang akan berlaku seterusnya di dalam hidup Zikir?


Hasil nukilan dan arahan Azlina Pa'wan , 
Tentang Dhia dijayakan barisan pelakon hebat termasuk Nora Danish , Adi Putra , Ako Mustapha , Irfan Roslan , Tasha Shilla , Izreen Azminda dan Puteri Sarah .


1 comment:

hajar said...

salam kenal...


lum kesempatan lagi nak tgk cerita dhia.... tapi bila baca sinopsis
macam best je cerita dhia...


selamat berhujung minggu :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...