Followers yg yanie sayang

Sunday, January 29, 2012

Sedih tengok pic nie...

Sedihnyer tengok pic nie...

 



HUNAN – Gambar menyentuh perasaan ramai warga Internet ini menunjukkan kanak-kanak berumur 10 tahun, di kawasan luar bandar China mendodoi adik lelakinya semasa pembelajaran sedang berjalan di sebuah sekolah rendah.

Menurut jurugambar yang merakamkan detik itu, ibu bapa kanak-kanak perempuan bernama Long Zhanghuan itu bekerja jauh dari kawasan perumahan mereka, menyebabkan Zhanghuan tidak mempunyai pilihan selain membawa bersama adiknya ke sekolah.

Menurut guru sekolahnya, keadaan seperti itu adalah perkara biasa di perkampungan Jiangshan.
Zhanghuan berkata, biasanya dia akan membawa adiknya ke sekolah dua atau tiga kali seminggu.

Namun, laporan terbaru media China, Khamis lalu menyebut Zhanghuan telah bertukar sekolah dan tidak lagi membawa adik lelakinya kerana jarak yang terlalu jauh.


terima kasih kerana membaca entry ini...
sumber asal  :  SINAR...

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Anak-anak kita 10 tahaun masih main anak patung....

pinkyanie said...

betul tuu Kakzakie...kalau kt malaysia nie anak2 10 tahun duk bawah ketiak mak lagi...huhuhu...syukur lah dgn kehidupan kita kat Malaysia nie kan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...